Followers

Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18: MINGGU KE-2









  • BBM3410 /18


Assalamualaikum. Hai



Pada kuliah BBM3410 Bahasa dalam Multimedia minggu kedua, saya telah mempelajari berkaitan Asas Grafik. Saya tidak nafikan, asas grafik bukannya mudah untuk dipelajari oleh seorang pelajar kos bahasa seperti saya 😁. Mempelajari asas grafik tersebut perlu seorang yang penyabar dan juga teliti.



Alhamdulillah. Ahli kumpulan saya semuanya bekerjasama dengan baik dan kami dapat menghasilkan tugasan kedua dengan jaya. Antara asas grafik yang telah kami pelajari ialah :

     1) mudah

     2) keseimbangan

     3) kesesuaian

     4) warna

     5) teks

BBM3410/18 : MINGGU PERTAMA

BBM3410/18

Assalamualaikum. Hai. 

Pada kuliah minggu pertama BBM3410 Bahasa dalam Multimedia saya telah diajar oleh Prof Normaliza. Prof telah menerangkan rangka kursus BBM3410. 

Prof telah mengarahkan kesemua pelajar BBM3410 membawa barang-barang seperti berikut pada kuliah yang kedua :
- mounting board 
- gam uhu
- riben 
- majalah

BBM3410/18 : DIRIKU



BBM3410/18

Assalamualaikum. Hai.

Nama saya Nur Najiehah binti Rahim. Boleh panggil saya Nur atau Jie. 😊 Saya adalah seorang pelajar dan juga isteri kepada Muhammad Adam bin Zulkifli. Saya merupakan pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Saya berusia 23 tahun dan sekarang saya menjalani semester yang terakhir. Doakan saya menamatkan semester ke-7 ini dengan jayanya. ❤️

BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH

VIDEO TANPA WAJAH - Video ini perlu memilih satu lagu tema. - Video tanpa wajah ini dimana kesemua pelakon atau watak yang dimainkan tid...