Followers

Wednesday, October 31, 2018

NASI DAGANG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

NAH AKU NAK BAGI RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU. AL MAKLUMLAH AKU ANAK JATI TERENGGANU KAN. CUTI-CUTI NI BOLEH LAA KAU CUBA BUAT NASI DAGANG.

Resepi Nasi Dagang Terengganu
Bahan-bahan untuk Nasi: -
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan
Resepi Gulai Ikan Aya
Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Resepi Nasi Dagang Terengganu
Bahan-bahan gulai
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas
1 hiris halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10 biji cili padi
sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!
Resepi Acar Timun:-
Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang
- SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka
Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.



Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.

Tuesday, October 30, 2018

BBM3410/18: MINGGU MIDSEM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

HAI. OK MINGGU NI MINGGU CUTI MIDSEM. MESTI SEMUA SERONOK KAN BALIK KE KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING. TERMASUK LAA AKU. HAHAHAHHA. JUMPA SUAMI DENGAN KELUARGA KOT SIAPA YANG TAK GEMBIRA KAN.

APA-APA PUN, KAMI TETAP ADA TUGASAN SUBJEK MULTIMEDIA. HAHAHAHA. TAK TERLEPAS TAU DARI TUGASAN. OK. KAMI SEMUA PERLU AMBIL 10 KEPING GAMBAR BERKAITAN DENGAN KAMPUNG HALAMAN.

KORANG NAK TENGOK TAK??? JOM LAA FOLLOW INSTSGRAM AKU. TENGOK KAT SITU. AKU TAK NAK MASUKAN KAT SINI, NANTI KAU TAK FOLLOW AKU. HAHAHHAHA. BIJAK TAK AKU. MESTI LAA BIJAK KAN, BIJAK MACAM PROF AKU LAA.

MEH LAA FOLLOW IG AKU. IG AKU : NURJIE_NURJIE

Thursday, October 25, 2018

PEKASAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

OK DISEBABKAN AKU DAPAT TUGASAN DALAM SUBJEK MAJOR AKU BERKAITAN MAKANAN TRADISIONAL KEDAH, JADI AKU KONGSIKAN RESIPI PEKASAM OKAY....

 Ramuan:
  • Ikan: Lazimnya ikan pekasam diperam menggunakan ikan air tawar. Tapi tiada masalah andainya anda hendak menggunakan ikan laut seperti ikan gelama. Ikan mesti dibersihkan dengan sebersih bersihnya kerana khuatir ia jatuh pada hukum NAJIS. Perut ikan pula mesti dicuci sehingga bersih. Ini untuk mengelakkan ikan dihurung lalat selain menjaga kebersihan makanan kita.
  • Garam: Sekilo Ikan = 100 gram garam.
  • Beras: Disanga terlebih dahulu (goreng tanpa guna minyak). Siap disanga, tumbuk sampai ia menjadi sederhana hancur.
  • Asam keping: Ada orang tidak gemar meletakkan asam jawa atau asam keping kerana kadang-kala beras yang ditabur pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Terserah pada anda.
Cara: 
  1. Setelah ikan siap dibersihkan, masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu. Simpan dalam peti ais semalaman.
  2.  Kemudian ambil beras yang sudah disanga dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti.
  3.  Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.
  4. Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.
  5. Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas ikan.
  6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat. Ikan pekasam boleh dimasak selepas 2-3 minggu.
Foto -google

Wednesday, October 24, 2018

TWITTER

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hmmm. Ok. Kali ni aku nak cerita sikit. Aku dah ada twitter tau. Alaaa, biasa laa aku kan buta IT. HAHAHAHHA. Buat akaun twitter pun sebab kelas prof. Kalau tak, bertuah laa aku nak buat akaun twitter. Nasib laa belajar kelas multimedia. Berkembang sikit hidup aku dalam dunia IT ni.

Kau tahu tak, aku kena update setiap minggu kot kat twitter tu siap kena retweet lagi. Aku mana laa tahu bab-bab twitter ni sama laa dulu macam blog. heeeee. tapi takpe aku belajar pelahan-pelahan. sedikit demi sedikit. biar berkembang lagi otak aku ni.

hahaahhaa. kau jangan lupa follow aku tau

BBM3410/18 : MINGGU 7

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

OK MINGGU 7. KITA BUAT APA YA KAWAN-KAWAN.??HAHAHAHA

OK MINGGU NI MACAM BIASA SUDAH SEMESTINYA KAMI ADA TUGASAN BARU DAN LEBIH MENCABAR. MINGGU KE-7 INI, AKU DAN RAKAN SEPERJUANGAN AKU KENA BUAT SATU VIDEO IAITU VIDEO ONE-SHOT ONE LAYER. 

KUMPULAN AKU IAITU MAWAR PRODUCTION BERSEPAKAT MEMILIH TAJUK LAGU SYINTA GILA. AKU PULA WATAK UTAMA TERGEDIK LAA SIKIT. HAHAHHAHA. JANGAN MUNTAH HIJAU TAU TENGOK VIDEO KAMI.

BUAT ANAKKU DALAM KANDUNGAN, MAAFKAN IBUMU YE NAK. HARAP-HARAP ANAK IBU TAK TERGEDIK-GEDIK MACAM IBU. HAHAHAHHA

JOM MENONTON VIDEO KAMI. JANGAN LUPA LIKE YE. KORANG UNLIKE SIAP KORANG. HAHAHAHAH

https://www.youtube.com/watch?v=MnJ3oHNInwo&t=81s




Wednesday, October 17, 2018

JOM BUAT DONUT GEBUUU

Walaupun nampak mudah, sebenarnya ada beberapa masalah yang biasa dihadapi masa nak membuat donut. Terutamanya bagi yang first timer, kadang-kadang ada yang menyerap banyak minyak, mengecut selepas digoreng, dan mungkin problem yang paling selalu berlaku ialah donut menjadi keras selepas ianya sejuk.
Setelah percubaan demi percubaan, inilah resepi donut yang berjaya dihasilkan oleh Puan Nurul Azfa Azizan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nurul. Katanya, resepi ini menghasilkan teksturnya donut yang sangat lembut ‘seperti pipi baby yang bam bam’. Walaupun digoreng waktu petang, malamnya pun masih lembut dan boleh dimakan keesokan paginya.
Yang paling best, resepi ini tak perlukan anda untuk menguli. Simple sangat, insha Allah  bagi yang kurang mahir pun boleh buat dan menjadi.
Jom kita tengok resepi beliau ini selengkapnya.

RESEPI DONUT TANPA ULI, TAPI LEMBUT SAMPAI KE PAGI

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN

  • 1 paket yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam
resepi donut tanpa uli

CARA-CARA

Ini pula adalah langkah membuatnya.
1. Satukan Bahan Basah
Mula-mula, masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah bekas.
Tunggu sehingga kembang. Sementara nak kembang boleh buat bahan kering.
2. Satukan Bahan Kering
Di dalam sebuah bekas yang lain, satukan pula bahan kering iaitu merjerin, tepung, garam, dan baking powder.
Ramas hingga sebati.
3. Campurkan Bahan Kering & Bahan Basah
Kemudian masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering (tepung). Gaul rata dan tutupkan adunan.
Nak tutup dengan plastic wrap pun boleh. Kak Nurul tutup dengan kain.
4. Tunggu 1 Jam
Biarkan adunan tadi selama 1 jam.
Lepas 1 jam, tengok adunan dah naik dua kali ganda. Sekarang dah bolehlah canai dan terap.
5. Bentukkan Donut
Terapkan comel-comel. Acuan Kak Nurul ntah hilang mana, jadi terpaksalah menggunakan jari-jemari yang lembut ni untuk menjadikan rupa donut.
6. Gorengkan
Bila dah siap, gorengkan dalam minyak panas.
Inilah hasil gorengan penuh kasih sayang! Nampak tak kegebuan di situ?
7. Salut Gula
Akhir sekali, salutlah gula yang dikisar atau gunakan terus gula halus / gula kastor.
Nak bubuh topping lain macam coklat ke, boleh je. Ikut suka hati tekak masing-masinglah ya.

SELAMAT MENCUBA

OK bila dah siap, boleh di’ngap’. Senang, kan?
Cuba tau, jangan tak cuba!

*Resepi donut tanpa uli ini disumbangkan oleh Puan Nurul Azfa Azizan dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan dan lebih banyak perkongsian, follow FB beliau di SINI.

TAZKIRAH SUPAYA KAUUUU SEDAR DIRI

Pantasnya Masa dan Kurangnya Taqwa

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".(Riwayat Tirmizi)

Inilah hakikat kehidupan di akhir zaman, masa berlalu dengan begitu pantas. Tanggungjawab melebihi masa yang kita ada. Kalau tahun lepas kita terasa begitu sibuk tetapi tahun ini terasa lebih sibuk; masa terasa begitu pantas beredar, belum sempat menarik nafas, hari baru mula menjenguk tiba-tiba.

Masa adalah kehidupan dan kehidupan itu tiada lain dari ujian. Ujian yang akan menguji keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Bagaimana kita memanfaatkan masa yang singkat dan bagaimana kita menghargai masa lapang yang kita masih miliki.

Segalanya akan ditanya di Akhirat nanti.

Yang terbaik dikalangan kita ialah orang yang menjaga Taqwanya pada Allah SWT, masa yang paling berharga ialah masa yang dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang utama (awla) bukan 'banyak kerja'.

Allah menguji kita untuk melihat bagaimana kita manfaatkan kehidupan yang singkat ini dengan amal-amal yang berkualiti.

Kegagalan untuk mengukur masa dengan 'Nilai Taqwa' akan menyebabkan kita hilang keseimbangan (tawazun) dalam kehidupan. Tanpa disedari kita menyibukkan diri dalam perkara-perkara yang kurang penting.

Bahkan, kadang-kadang kita korbankan tanggungjawab besar demi melaksanakan tanggungjawab yang kecil dan ringan. Kita bertungkus lumus mencari kekayaan untuk membangunkan rumahtangga dan keluarga tetapi akhirnya kita korbankan keluarga 'yang kita kasihi' demi kekayaan dunia dengan segala janji-janji palsunya.

Kita 'cari makan' hingga tak sempat nak makan, kita membangun kehidupan hingga akhirnya jiwa kita mati terbiar.

Kita membeli hati anak-anak dengan kemewahan tetapi kita menggadai kasih sayang yang sangat mereka inginkan.

Sibukkanlah diri dengan amal soleh, dengan pjuangan utk memartabatkan Islam, dengan dakwah dan dengan kerja- kerja yang betmanfaat..

Semoga Allah menjadikan kita sebagai pemikul risalah Islam dan anak-anak kita nanti sebagai pewarisnya.

Ust Naim
Semenyih/7.30pg
Isnin/1 Jamadil Awwal 1435H
http://ustaznaim.blogspot.com

BBM3410/18 : MINGGU 6

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA

HAI SEMUA. KORANG NAK TAHU TAK APA YANG AKU BELAJAR MINGGU NI??????

KAMI SEMUA KENA PILIH SIMPULAN BAHASA PULA DAN AMBIL GAMBAR BERDASARKAN SIMPULAN BAHASA YANG KAMI SATU KUMPULAN PILIH. 10 SIMPULAN BAHASA PULA TU.....

REDHAAAA.. TAK REDHA TAMBAH LAGI KANGGG. AYAT YANG AKU AKAN HAFAL SAMPAI BILA-BILA. HAHAHAHAHA. HABIS BELAJAR NANTI PUN AKU RASA AKU AKAN INGAT. BUKAN AKU JE KAWAN-KAWAN YANG LAIN PUN MACAM TU JUGA RASANYA. MAAF PROF. HAHHAHAHA. REDHAAAAA

KORANG NAK TENGOK TAK VIDEONYA. JOM TENGOK DI YOU TUBE, JANGAN LUPA TENGOK DAN "LIKE" TAU.

https://www.youtube.com/watch?v=30BYNhQSDe8

SELAMAT MENONTON





Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18 : LAMBAIAN BUMI OSAKA

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Lambaian Bumi Osaka???

Mengimbau dan mengamit memori di Bumi Matahari Terbit dua tahun yang lepas, di mana aku telah terpilih menjadi seorang pelajar yang dapat mengikuti program pertukaran pelajar ke Fukouka Japan. Kenangan yang sungguh berharga bagi seorang pelajar kampung yang berlatar belakangkan keluarga sederhana kerana dapat menjejaki ke negara orang.

Aku berada di negara orang selama 2 minggu. Selama berada di sana, pelbagai pengetahuan yang aku perolehi. Antaranya aku dapat mempelajari bahasa Jepun dan turut menuturnya sedikit demi sedikit. Mereka sangat mementingkan bahasa Ibunda mereka. Penduduk di sana juga peramahnya orangnya. Setiap pagi, dalam perjalanan ke kelas, aku pasti jumpa dengan orang-orang tua yang sedang berjoging. Mereka akan menegur kami semua.

Pensyarah di sana?? Ya Rabbi. Baik sangat-sangat. Satu hari, hujan lebat. Sensei sanggup datang jauh-jauh, jalan kaki tau, bawakan payung untuk kami semua. Terharu gila kot. tapi sensei sangat kelakar. Boleh dia ambil gambar kami semua tengah tidur dalam bas. yelaa. penat kot. Jadi ambil peluang yang ada untuk tidur. Hari terakhir sensei serahkan gambar-gambar tersebut pada kami semua. Gambarnya??Rahsiaaaaa. Hhahahaahahah

BBM3410/18 : TERAPI JIWA

Very nicely written 😊
By *Ustaz Don Daniyal*
7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 Pertama :
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 Kedua :
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 Ketiga :
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 Keempat :
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 Kelima :
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 Keenam :
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 Ketujuh :
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. *Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..*

بارك الله فيكم

BBM3410/18 TUGASAN MINGGU 5

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Melalui kelas BBM3410 minggu ke-5, kami semua telah diberikan satu tugasan oleh prof kami. Di mana tugasan tersebut kami ahli kumpulan perlu mengambil empat jenis posisi gambar iaitu :

1) flatlay
2) half flatlay
3) quarter flatlay
4) zero flatlay

Kami satu kumpulan telah bekerjasama untuk mengambil gambar-gambar berkenaan yang memerlukan 20 produk yang berlainan.


Disebalik tabir. Proses mengambil gambar😁😁😁


Ain Azlan kena marah dengan saya ke??? Hahahahahahah. Gurau je. Muka saya memang sebegitu🤣🤣🤣



Flatlay








Half Flatlay








Quarter Flatlay








Zero Flatlay








Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : PENGALAMAN DI PESTA MAKANAN TRADISIONAL MELAYU 2018

Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera

Sahabat semua yang membaca blog ni jangan pernah bosan ya. Saya budak baru belajar menulis di laman blog🤗

Baru-baru ini Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi(FBMK) telah menganjurkan satu program iaitu Pesta Makanan Tradisional Melayu 2018.



Saya telah melibatkan diri saya dari jam 8 pagi sehingga jam dua petang sepanjang program tersebut berlangsung. Pada sebelah pagi, saya telah membantu penyelia Projek Ilmiah Tahun Akhir(PITA) saya iaitu Prof. Madya. Dr. Norazlina binti Haji Mohd Kiram di gerai jualannya. Dr. Norazlina telah menjual laksa penang dan juga tauhu sumbat. Jualan di gerai tersebut sangat meriah dan jualannya telah habis pada jam 12 tengahari.



Selain itu, saya juga telah mengujungi pelbagai gerai jualan pada hari tersebut. Pelbagai juadah yang di jual dalam program Pesta Makanan Tradisional Melayu 2018. Salah satu juadah yang pertama kali saya melihatnya ialah lontong kering. Sebelum ini saya hanya pernah menjamah lontong yang mempunyai kuah. Saya sangat teruja melihat lontong kering tersebut. Rasanya sungguh enak. Malahan gerai tersebut juga telah mendapat liputan daripada TV3.

Saya berharap agar program seperti ini akan diteruskan pada tahun yang berikutnya. 




BBM3410/18: INSTAGRAM DAN BLOG


Assalamualaikum. Hai sahabatku 😉😉😉
Haa. Kali ni saya nak ceritakan berkaitan gambar-gambar yang perlu saya mengambilnya dengan pelbagai posisi. Seterusnya saya perlu memasukkan gambar-gambar tersebut ke dalam akaun Instagram dan juga membuat satu blog. Awak semua tahu apa yang saya rasai? 😁Malu seperti daun semalu. Mengapa saya berkata sebegitu? Saya sebenarnya seorang yang sangat pemalu untuk memasukkan gambar saya ke mana-mana laman sosial. Namun begitu, kelas saya pelajari untuk semester kali ini sangat mengubah kehidupan saya yang seorang yang pemalu dan juga buta IT. 

Walau bagaimanapun, saya banyak belajar cara bagaimana untuk mengambil gambar dengan pelbagai cara dan juga posisi. Pertamanya, saya belajar bagaimana mengambil gambar 'mug shot' dengan reaksi muka yang pelbagai. 'Mug shot' ini gambar yang kita ambil secara dekat seperti gambar 'passport' dengan emosi sedih, marah, dan lain-lain. Saya juga telah mempelajari cara mengambil gambar 'long short, medium short, potrait, bird's eye view, dan juga over the shoulder'.

Kesemua jenis gambar tersebut saya belajar cara bagaimana untuk mengambilnya dengan cara yang terbaik








BBM3410/18 : MINGGU KE-4


Assalamualaikum😊
Berdasarkan subjek yang telah saya pelajari pada semester ini, iaitu Bahasa dalam Multimedia (BBM3410), minggu ini merupakan minggu yang keempat saya mengikuti kelas tersebut. Masih panjang lagi perjalanan saya untuk menamatkan subjek ini dengan jayanya. 

Pada minggu ini, bertanggalkan 1 Oktober 2018, saya telah mendapat arahan daripada tenaga pengajar saya iaitu Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim. Arahan tersebut merupakan satu tugasan di mana saya perlu menjawab dua soalan. Soalan ini merupakan soalan di atas talian. 

Tambahan lagi, saya perlu menjawab dua soalan yang berkaitan jenis media sosial dan saya perlu merujuk buku yang telah dihasilkan oleh prof iaitu di dalam bab 1 buku BOOM. Jenis-jenis media sosial yang ada di dalam bab tersebut terdapat enam jenis. Saya telah 'social network' seperti facebook, LinkedIn dan lain-lain. 

Pandangan saya sebagai mahasiswa, melalui media sosial tersebut, pengguna dapat mencari pelbagai maklumat. Malahan mereka juga dapat menjana pendapatan sampingan untuk menampung kehidupan mereka terutamanya mahasiswa. Mengapakah kita membazir wang membeli 'internet' untuk mengakses internet semata-mata untuk mengisi masa lapang? Lebih baik kita menggunakan media sosial yang ada dengan sebaiknya. Pengguna yang bijak adalah pengguna yang manfaatkan seluruh kehidupannya dengan baik. 

BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH

VIDEO TANPA WAJAH - Video ini perlu memilih satu lagu tema. - Video tanpa wajah ini dimana kesemua pelakon atau watak yang dimainkan tid...