Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Lambaian Bumi Osaka???
Mengimbau dan mengamit memori di Bumi Matahari Terbit dua tahun yang lepas, di mana aku telah terpilih menjadi seorang pelajar yang dapat mengikuti program pertukaran pelajar ke Fukouka Japan. Kenangan yang sungguh berharga bagi seorang pelajar kampung yang berlatar belakangkan keluarga sederhana kerana dapat menjejaki ke negara orang.
Aku berada di negara orang selama 2 minggu. Selama berada di sana, pelbagai pengetahuan yang aku perolehi. Antaranya aku dapat mempelajari bahasa Jepun dan turut menuturnya sedikit demi sedikit. Mereka sangat mementingkan bahasa Ibunda mereka. Penduduk di sana juga peramahnya orangnya. Setiap pagi, dalam perjalanan ke kelas, aku pasti jumpa dengan orang-orang tua yang sedang berjoging. Mereka akan menegur kami semua.
Pensyarah di sana?? Ya Rabbi. Baik sangat-sangat. Satu hari, hujan lebat. Sensei sanggup datang jauh-jauh, jalan kaki tau, bawakan payung untuk kami semua. Terharu gila kot. tapi sensei sangat kelakar. Boleh dia ambil gambar kami semua tengah tidur dalam bas. yelaa. penat kot. Jadi ambil peluang yang ada untuk tidur. Hari terakhir sensei serahkan gambar-gambar tersebut pada kami semua. Gambarnya??Rahsiaaaaa. Hhahahaahahah
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH
VIDEO TANPA WAJAH - Video ini perlu memilih satu lagu tema. - Video tanpa wajah ini dimana kesemua pelakon atau watak yang dimainkan tid...
-
AMALAN DOA & ZIKIR SEMASA MENGANDUNG SERTA MEMUDAHKAN BERSALIN Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu hamil ialah berzikir menginga...
-
Very nicely written 😊 By *Ustaz Don Daniyal* 7 Sunnah Hebat 🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas....
-
PAPAN CERITA - Papan cerita ini dimana satu gambaran terhadap perkara yang ingin dilakukan. - Contohnya lakonan yang hendak dijalankan pe...
No comments:
Post a Comment