Followers

Thursday, October 25, 2018

PEKASAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

OK DISEBABKAN AKU DAPAT TUGASAN DALAM SUBJEK MAJOR AKU BERKAITAN MAKANAN TRADISIONAL KEDAH, JADI AKU KONGSIKAN RESIPI PEKASAM OKAY....

 Ramuan:
  • Ikan: Lazimnya ikan pekasam diperam menggunakan ikan air tawar. Tapi tiada masalah andainya anda hendak menggunakan ikan laut seperti ikan gelama. Ikan mesti dibersihkan dengan sebersih bersihnya kerana khuatir ia jatuh pada hukum NAJIS. Perut ikan pula mesti dicuci sehingga bersih. Ini untuk mengelakkan ikan dihurung lalat selain menjaga kebersihan makanan kita.
  • Garam: Sekilo Ikan = 100 gram garam.
  • Beras: Disanga terlebih dahulu (goreng tanpa guna minyak). Siap disanga, tumbuk sampai ia menjadi sederhana hancur.
  • Asam keping: Ada orang tidak gemar meletakkan asam jawa atau asam keping kerana kadang-kala beras yang ditabur pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Terserah pada anda.
Cara: 
  1. Setelah ikan siap dibersihkan, masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu. Simpan dalam peti ais semalaman.
  2.  Kemudian ambil beras yang sudah disanga dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti.
  3.  Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.
  4. Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.
  5. Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas ikan.
  6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat. Ikan pekasam boleh dimasak selepas 2-3 minggu.
Foto -google

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH

VIDEO TANPA WAJAH - Video ini perlu memilih satu lagu tema. - Video tanpa wajah ini dimana kesemua pelakon atau watak yang dimainkan tid...