Followers

Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : PENGALAMAN DI PESTA MAKANAN TRADISIONAL MELAYU 2018

Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera

Sahabat semua yang membaca blog ni jangan pernah bosan ya. Saya budak baru belajar menulis di laman blog🤗

Baru-baru ini Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi(FBMK) telah menganjurkan satu program iaitu Pesta Makanan Tradisional Melayu 2018.



Saya telah melibatkan diri saya dari jam 8 pagi sehingga jam dua petang sepanjang program tersebut berlangsung. Pada sebelah pagi, saya telah membantu penyelia Projek Ilmiah Tahun Akhir(PITA) saya iaitu Prof. Madya. Dr. Norazlina binti Haji Mohd Kiram di gerai jualannya. Dr. Norazlina telah menjual laksa penang dan juga tauhu sumbat. Jualan di gerai tersebut sangat meriah dan jualannya telah habis pada jam 12 tengahari.



Selain itu, saya juga telah mengujungi pelbagai gerai jualan pada hari tersebut. Pelbagai juadah yang di jual dalam program Pesta Makanan Tradisional Melayu 2018. Salah satu juadah yang pertama kali saya melihatnya ialah lontong kering. Sebelum ini saya hanya pernah menjamah lontong yang mempunyai kuah. Saya sangat teruja melihat lontong kering tersebut. Rasanya sungguh enak. Malahan gerai tersebut juga telah mendapat liputan daripada TV3.

Saya berharap agar program seperti ini akan diteruskan pada tahun yang berikutnya. 




No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH

VIDEO TANPA WAJAH - Video ini perlu memilih satu lagu tema. - Video tanpa wajah ini dimana kesemua pelakon atau watak yang dimainkan tid...