Followers

Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18 : MINGGU KE-4


Assalamualaikum😊
Berdasarkan subjek yang telah saya pelajari pada semester ini, iaitu Bahasa dalam Multimedia (BBM3410), minggu ini merupakan minggu yang keempat saya mengikuti kelas tersebut. Masih panjang lagi perjalanan saya untuk menamatkan subjek ini dengan jayanya. 

Pada minggu ini, bertanggalkan 1 Oktober 2018, saya telah mendapat arahan daripada tenaga pengajar saya iaitu Prof. Dr. Normaliza binti Abd Rahim. Arahan tersebut merupakan satu tugasan di mana saya perlu menjawab dua soalan. Soalan ini merupakan soalan di atas talian. 

Tambahan lagi, saya perlu menjawab dua soalan yang berkaitan jenis media sosial dan saya perlu merujuk buku yang telah dihasilkan oleh prof iaitu di dalam bab 1 buku BOOM. Jenis-jenis media sosial yang ada di dalam bab tersebut terdapat enam jenis. Saya telah 'social network' seperti facebook, LinkedIn dan lain-lain. 

Pandangan saya sebagai mahasiswa, melalui media sosial tersebut, pengguna dapat mencari pelbagai maklumat. Malahan mereka juga dapat menjana pendapatan sampingan untuk menampung kehidupan mereka terutamanya mahasiswa. Mengapakah kita membazir wang membeli 'internet' untuk mengakses internet semata-mata untuk mengisi masa lapang? Lebih baik kita menggunakan media sosial yang ada dengan sebaiknya. Pengguna yang bijak adalah pengguna yang manfaatkan seluruh kehidupannya dengan baik. 

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : VIDEO TANPA WAJAH

VIDEO TANPA WAJAH - Video ini perlu memilih satu lagu tema. - Video tanpa wajah ini dimana kesemua pelakon atau watak yang dimainkan tid...